Tuesday 3 February 2015

POP CORN MIDNIGHT

Selamat malam korang !!!

Malam-malam macam ni rasa macam nak share dengan korang laa makanan yang sesedap untuk di santap time-time gini hihi . Korang dah penuhkan perut belum sebelum nak beradu tu ? Al maklum le , orang orang muda yang bebujang ni kan suka makan tetengah malam kan sambil tonton tv , nak nak kalau ada running man haha . Okey , malam ni aku nak share la makanan atau "pop corn midnight" yang sering menemani lemak lemak aku kahkahkah .

Okey , actually kalau kita ni jenis kuat makan , kita kena la pandai masak jugak kan , sebab senang kalau lelapar , boleh terus cook cook . Lagi pun takde la duit kita nak bazir sangat asyik makan dekat luar kan , nak nak lak kalau perut ni bunyik bunyik time tengah malam gini . Kena laa gagahkan diri jugak untuk masak kan . Kalau tak nanti , nak tidur pun macam tak feel je bila perut kriukkk kriukk hahaha . So , nak di jadikan cerita , aku ni suka makan midnight gak even tahu benda tu tak elok sangat . Tapi nak jugak .

Jadi marilah aku share kan dengan korang pop corn yang menjadi santapan aku midnight gini . Yang pertama , aku suka goreng meatballs ! Macam yang aku pernah sebut dalam cerita aku sebelum ni , yang aku ni peminat tegar meatballs . Jadi , aku sering goreng meatballs tu sebagai pop corn midnight aku ,.. lagipun , takde la susah mana pun kan . Takde la sampai kena kisar daging sendiri kan . Just pergi je beli meatballs tu dekat family store sebab dekat family store je paling senang nak jumpa meatballs hahaha . Then goreng dan siap untuk di makan :)




Taraaaa !!! Siap untuk di makan . Actually banyak ni pun belum cukup lagi untuk si hantu makanan ni tapi kena ingat dunia laa hahaha . Ni laa pop corn midnight aku , favourite forever . Senang . Cepat . Kenyang . Tak yah susah susah nak buat benda lain . Gorengkan benda ni je terus . Okey , rasanya kalau makan macam ni je macam tak feel sangat kan , so why not kalau kita conteng conteng sikit atas meatballs tu kan .

Kalau aku , lebih prefer makan meatballs ni cicah dengan mayonis . Sebab baru terasa nikmatnya tu . Ala ala meatballs ikea nanti hahaha nak pergi ikea macam jauh sangat , so berangan jela buat meatballs sendiri . Tabur tabur jelaa mayonis atas tu . Nampak laa semangat nak makan haha . Lagipun , aku ni jugak spesies tak boleh nampak mayonis and cheese . Sebab kalau aku nampak benda tu , mesti aku nak combine benda benda tu dengan makanan aku even tak bersesuaian dengan makanan tu . Okey , jadi pilihan aku untuk makan meatballs ni dengan mayonis macam dalam gambar ni .



Hahaha amacam ? Tergoda ke tak ? hihi okey , tu pilihan aku laa , sebab kita yang buat sendiri kan , jadi kita berhak nak pilih apa yang kita suka right ? Kalau dekat kedai tu susah nak dapat yang sama macam selera kita . So , aku lebih suka buat sendiri .

Okey , dekat sini aku nak share jugak laa . Aku lebih memilih kepada mayonis brand kewpie sebabnya ? sebab mayonis kewpie rendah karbohiydrat ! So sape yang diet tu , pilihlaa mayonis kewpie hehehe , dan mayonis yang warna kuning tu aku guna mayonis untuk salad iaitu thousand island , sebab ? sebab rasanya masam masam manis hahaha sebab sedap laaa . Aku percaya , kalau korang try buat benda ni , mesti korang akan addicted dengan meatballs dan spesies mayonis tu . Tak tipu k !

Okeylaa rasanya cukup laa sampai situ setakat ni , just aku nak pesan . Bila kita suka makan , better kita masak benda tu sendiri , at least kita tahu apa yang kita masukkan dalam makanan kita tu , right ? Dan rajin rajinkan laa diri tu untuk masak , untuk diri sendiri jugak . kan ? Terutamanya untuk wanita-wanita bujang tu . Sekurang kurangnya bolehlaa korang belajar masak untuk bakal suami korang tu . Tapi jangan laa setakat pandai goreng meatballs je hahaha .

Baiklah , sekian sahaja dari aku untuk malam ni mengenai "pop corn midnight"  . Perut dah kenyang, hati pun senang . Mari kita beradu kasih sambil layan lagu cinta terbaik hehehe Selamat mencuba guys *kalau nak cuba .

Selamat malam korang ;)

2 comments:

  1. Macam sedapp jerkk..
    Hehehe..
    Nanty bawa mai sikit p kolejj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aku buat kalau dekat rumah je . So takkan ada istilah untuk bawak ke kolej haha

      Delete