Sunday 8 March 2015

POP DONNA POP CAFE

Assalamualaikum wbt .

Selamat malam di ucapkan kepada rakyat-rakyat blog ini hihihi . Okey , hari ni aku dengan kawan - kawan aku buat lawatan ke vendor vendor melaka ni , tapi takde laa semua vendor . Just sempat pergi 2 vendor jee Mp Dexato and Pop Donna je . Rasanya sekarang ramai tahu kan banyak butik yang berkonsepkan vendor .



Okey , actually hajatnya nak ke Mp Dexato je untuk cari shawl ang blouse . Tapi terpergi dekat Pop Donna pulak , sebab butik ni selang berapa pintu je hahaha , dua dua butik ni terletak di Bukit Beruang Melaka berhampiran dengan MMU . Hasil dari lawatan kami , kami decide laa untuk makan dekat pop cafe tu iaitu cafe yang disediakan oleh Pop Donna untuk customer dyorg . Macam macam ada dekat pop cafe ni , sebab dia banyak amek vendor makanan .

Antaranya , meatballs , lasagna , cake , speghetti , roti jala , nutella dan macam macam lagi laa sebab terlampau banyak , paling penting ade susu lajen hahaha susu yang time time sekolah rendah dulu tuuu best wooo .

Okeylaa nak jadi cerita , kteorg pilih untuk makan lasagna , jangan risau lasagna ni kalau kita nak makan dekat cafe dyorg , dyorg bole panaskan balik lasagna tuu . So , dapat laa rasa kelazatannya bila panas kan . Lasagna ni berharga RM12.00 size medium laa ,puas untuk makan sorang . hahaha . Bila dah makan , kena laa ade air kan , so aku pilih air Teh Botol not bad laa rasanya , macam teh biasa jgk .



Okey , tu laa lasagna nya . Yang kanan tu lasagna daging , dan yang kiri tu lasagna ayam . Bagi aku lasagna daging lagi sedap laa . Sebab macam seronok je makan . KAlau ayam tu cepat muak hihi tapi terpulang pada korang laaa . Tu pilihan aku . Kan . Okey , yang air tu laaa Teh Botol . Sedap di minum bila tengah sejuk laaa . Yang botol putih tu air berperisa laici , manis sikit laaa .

Hmm apa yang aku boleh cakap butik vendor pop donna ni memang syurga makanan laaa . Harga dia pun berpatutan . Selain korang boleh beli beli , korang boleh laa lepak lepak santai dengan kawan kawan korang . Boleh gosip kejap hihihi .

Okey laaa , rasanya takat ni jelaaa yang aku nak share untuk hari ni . Selamat makan makan wahai si hantu makanan hihihi . Makan jelaa selagi boleh , nama pun hantu makanan kan . K laaa , sekian saje dari shak adam untuk malam ni . Next makanan , kita tunggu ok ?

Sekian , Assalamualaikum









Sunday 1 March 2015

QUADRO CAFE MELAKA

Assalamualaikum geng .

       Hari ni aku nak share laa apa yang aku makan hari ni . Sebab pergi tempat baru iaitu quadro cafe . Actually , cafe ni lama dah bukak , just aku je tak berkesempatan nak pergi sebab busy kan hahaha busy laa sangat . Okey , apa yang aku tahu , cafe ni di miliki oleh anak muda , tapi aku tak sure laa betul ke tak , sebab aku just baca apa yang orang tulis je .

      Okey , ceritanya , hari ni adalah hari yang istimewa buat aku tapi not my birthday je . K pendek cerita , after tengok kingsman dekat dataran pahlawan , aku saje laa ajak dia pergi cafe ni untuk try makanan dekat situ , sebab orang cakap makanan dia sesedap . So kami gagahkan diri laa jalan dari dataran ke bangunan merah tuu . Jauh gak laa . Nak bawak kereta , nanti susah nak parking lak . So berjalan jelaa . Ok cafe ni sebenarnya menarik k sebab deko dia sesuai dengan jiwa anak muda . ala macam santai santai gitu . Nak makan makan dengan insan tersayang pun syok hahahaha k takkk ...

      Takde laa , just cafe bro ni memang menarik . Sebab banyak hiasan frame dekat dinding cafe dia yang mana di framekan kata kata pujangga cehhhh . Lagi satu , nak bergambar pun macamnice nice je tempat dia . sini aku share kan gambar kedai dia .


       So macam mana ? menarik kan dalam cafe dia . Pada yang suka bergambar tu , memang sesuai laa amek gambar dekat sini sebab background nice hahaha . 

      Okey , sekarang aku nak share pilihan makanan aku dan dia hahaha . Dari menu menu dia tu , aku pilih untuk try spaghetti tomato dan dia try chicken chop . Well , apa yang aku boleh cakap spaghetti dia memang sedap and chicken chop tu aku tak sure sebab aku tak try hahaha . Tapi kalau tengok rupa , sedap laa chicken chop tu . Air aku pilih biasa biasa jelaaa Ice lemon tea sebab nak balance kan dengan apa yang aku makan tu hahaha . 

     Okey , kalau cakap je macam tak syok kan , so aku nak share gambar laaa jeng jeng jeng hihihi . Korang kuatkan hati k . 



      Taraaaa !!!! Sedap kan walaupun dalam gambar je hahaha . Okey mengenai harga pulak , boleh laaa bersesuaian jugak laa dengan kesedapannya . Not bad laa . Spaghetti and chicken chop tu memasing RM13.90 kottt kalau tak silap . Kalau tak silap laaa sebab aku pun terlupa . Kalau salah , jangan marah kkkk hahaha sebab kita ni manusia biasa yang sering membuat kesilapan .

     Hmm okey laa rasanya , tu laa sedikit sebanyak pasal quadro cafe ni kott . Kalau korang nak tahu rasanya macam mana , kena try sendiri laa . Cerita lelebih pun tak syok , kalau sendiri tak p rasa . betul tak ? hahaha okey laa maaf jikaa ada salah silap tutur kata . Selamat malam geng . 

Assalamualaikum 







   

Sunday 22 February 2015

SANTAI MALAM , MAKAN MALAM

Assalamualaikum kawan kawan tersayang !

Selamat malam wahai teman teman hihi , tetiba rasa bahagia lak nak updates blog malam ni hahaha semacam je gembiranya ^^ . Okey malam ni aku nak share sikit jela sebab macam takde idea sebab esok ada midterm hihi . Taknak mukadimah pepanjang sangat , jenuh nanti . 

Bismillah , 

Erm cerita pasal santai malam , makan malam ni aku sure mesti ramai dari korang ni suka berjalan dan penuhkan perut sebab penat berjalan kan ? hahaha okey , nak dijadikan cerita , ahad lepas kawan baik aku sorang ni tengah cuti mid sem , so malam minggu tu kteorg keluar laa jenjalan round Melaka walaupun dah 1000 kali round , then kteorg saje saje jela round dekat mall terbaru dekat Melaka ni iaitu The Shore tapi round tu takde la masuk sampai dalam tu sebab kteorg malas nak turun hahaha , lokasi The Shore ni ialah dekat bus stand lama atau pun dekat dekat Ocean .

Al-kisahnya , dekat luar The Shore tu lagi menarik masalahnya sebab di hiasi dengan lampu lampu yang grand grand livina gitu , hihi dah tu siap ada air pancut berirama pulak tu . Tapi memang menarik laa kalau pergi The Shore tu time memalam . Uolls try la pergi , Ecehh , dah macam tour guide pulak hahaha 
After dah round The Shore tu , kteorg pun saje lah melangkahkan kaki ni dekat Pirate Park tu , alala lokasi dia betul betul bersebelahan dengan The Shore tu . Pirate Park ni sebenarnya dah lama dah ada dekat situ just aku ni memang jarang nak ke sana , jadinya kteorg pergi ni pun sebab saje nak try benda yang dah lama ada hahaha dan try la naik ferris wheel ala ala eye on gitu .


okey tu la ferris wheel and harga tiketnya untuk dewasa RM10.00 . Okey actually tu mukadimah je hahahaha , sekarang mari kita berbalik pada topik utama hantu makanan haahaha , okey nak senang cerita . Lepas dah penat berjalan dekat situ , kteorg pergi laa Kedai Burger Abang Burn tepi sungai Melaka . Memang santai santai gitu laa . Kedai ni famous jugak laa . Yelah , sape jele yang tak pernah dengar burger abang burn kan ? 

Ceritanya , aku first time try abg burn ni sebab yelahh nak rasa gak sedap ke tak . so gagahkan diri untuk try it . And jawapannya ialah not bad laa burger abang burn ni , Sesuai laa kalau nak santai santai kan , takkan laa santai santai nak makan benda yang berat2 nau kan ,.. Okey jadinya kami pun order laa burger biasa + cheese + hotdog hihi sedapppp , harga pun jadi sedap la hahaha . 




Taraaaa !!!! ni laa yang kteorg order tu . Haahaha nampak kan kesedapan nya tu . Nak nak lak kalau makan sambil berborak panjang dengan kawan aku tu hahaha rasa macam , makan , makan tak habis hahaha . Well , nak cerita sedapnya tu tak tahu laa tapi mungkin gambar tu dapat laa bagitahu dekat korang sedap ke tak abang burn ni hihihi . Pada aku , boleh laa . not bad jugak . sedap . suasana pun santai , Korang boleh la try benda ni sendiri nanti . sebab semua lokasi tu berdekatan je . Takyah nak jalan jauh jauh . Semua ada . hihihi Hidup Melaka !


Okeylaaa , aku rasa sampai sini jelaa kisah kita sebab aku pun nak sambung study akaun ni . Esok midterm derrr . Gerun kite . Wish me luck guys . Salam selamat malam semua . Good luck kawan kawan yang senasib :*

Sunday 15 February 2015

SANTAI PETANG

Assalamualaikum , salam kepetangan kawan-kawan . 

        Rasa macam dah lama pulak tak update blog , al maklum la balik rumah baru line okey sikit . Lagipun , memang boleh updates seminggu sekali je hahaha . Okey , petang ni aku nak share sikit jela tak banyak . Hmm , okey la rasanya semua orang dekat Malaysia ni suka kan minum petang , nak nak orang Melayu , betul tak ? Sebab minum petang ni dah macam tradisi pulak untuk orang Melayu . Tak kisah laa setakat bancuh air je ke , dihidangkan dengan kuih muih ke , janji ada minum petang . Tambah pulak kalau dapat karipap panas pejabat pos bukit baru . Perghhhh , sedapnya . hahaha . 

       Okey okey taknak cerita panjang la kan , sebenarnya nak cerita time time macam ni pekena rojak kampung jawe pun sedap haha . Rasanya sape orang Melaka tu mestilah tahu kan rojak yang paling sedap kat Melaka ialah rojak dekat kampung jawe tu . Dan rasanya dah bertahun tahun dah orang tu meniaga dekat situ since aku sekolah rendah lagi dan time nenek aku boleh jalan lagi hahaha nampak tak betapa lamanya orang tu kekalkan warisan rojak dia tu . So semestinya dyorg dah ada pelanggan yang tetap kan dan tak mustahil la kedai dia selalu ramai je . 

      Disebabkan kedai dia selalu je ramai orang , so aku pun terpaksalah mengamalkan konsep drive thru je hahaha sebab kedai dia pun tepi jalan je so kalau korang atas motor ke dalam kereta ke korang boleh la order je terus tapi kalau naik kereta tu payah sikit la nak buat macam konsep aku tu hahaha tapi tu aku jela yang amalkan sebab malas nak turun dari motor hahaha , kalau orang lain tu aku tak tahu la pulak hihi ^^ Okey , ni la hasil dari konsep drive thru yang aku selalu amalkan kahkahkah 










Hasil dari konsep drive thru yang aku amalkan , aku terpaksalah nikmati rojak kampung jawe ni dekat rumah , tapi takpe sebab lepas makan boleh tersandar hahaha . Takde la , aku just nak cakap , banyak banyak rojak yang aku makan , aku rasa rojak ni paling paling win laa mungkin sebab dari aku kecik aku dah makan dia kan , so bila dah besar try dekat tempat lain , rasa macam tekak ni tak boleh nak terima . 

So , dekat sini , aku nak suggest kan jugak la dekat korang , ape kata korang pergi try sendiri rojak ni , comfirm tak nyesal . Kalau korang tak tahu kampung jawe ni dekat mana , korang bawak je aku lepas tu belanja aku sekali hahahaha . 

Okeylaa , rasanya tu jela yang aku nak share dengan korang untuk petang ni . Maklum le , petang petang ni idea tak banyak . Mata pun nak layu dah haa . HAHAHA . Ok laa . Salam undur diri . 


Assalamualaikum ^^


Tuesday 3 February 2015

POP CORN MIDNIGHT

Selamat malam korang !!!

Malam-malam macam ni rasa macam nak share dengan korang laa makanan yang sesedap untuk di santap time-time gini hihi . Korang dah penuhkan perut belum sebelum nak beradu tu ? Al maklum le , orang orang muda yang bebujang ni kan suka makan tetengah malam kan sambil tonton tv , nak nak kalau ada running man haha . Okey , malam ni aku nak share la makanan atau "pop corn midnight" yang sering menemani lemak lemak aku kahkahkah .

Okey , actually kalau kita ni jenis kuat makan , kita kena la pandai masak jugak kan , sebab senang kalau lelapar , boleh terus cook cook . Lagi pun takde la duit kita nak bazir sangat asyik makan dekat luar kan , nak nak lak kalau perut ni bunyik bunyik time tengah malam gini . Kena laa gagahkan diri jugak untuk masak kan . Kalau tak nanti , nak tidur pun macam tak feel je bila perut kriukkk kriukk hahaha . So , nak di jadikan cerita , aku ni suka makan midnight gak even tahu benda tu tak elok sangat . Tapi nak jugak .

Jadi marilah aku share kan dengan korang pop corn yang menjadi santapan aku midnight gini . Yang pertama , aku suka goreng meatballs ! Macam yang aku pernah sebut dalam cerita aku sebelum ni , yang aku ni peminat tegar meatballs . Jadi , aku sering goreng meatballs tu sebagai pop corn midnight aku ,.. lagipun , takde la susah mana pun kan . Takde la sampai kena kisar daging sendiri kan . Just pergi je beli meatballs tu dekat family store sebab dekat family store je paling senang nak jumpa meatballs hahaha . Then goreng dan siap untuk di makan :)




Taraaaa !!! Siap untuk di makan . Actually banyak ni pun belum cukup lagi untuk si hantu makanan ni tapi kena ingat dunia laa hahaha . Ni laa pop corn midnight aku , favourite forever . Senang . Cepat . Kenyang . Tak yah susah susah nak buat benda lain . Gorengkan benda ni je terus . Okey , rasanya kalau makan macam ni je macam tak feel sangat kan , so why not kalau kita conteng conteng sikit atas meatballs tu kan .

Kalau aku , lebih prefer makan meatballs ni cicah dengan mayonis . Sebab baru terasa nikmatnya tu . Ala ala meatballs ikea nanti hahaha nak pergi ikea macam jauh sangat , so berangan jela buat meatballs sendiri . Tabur tabur jelaa mayonis atas tu . Nampak laa semangat nak makan haha . Lagipun , aku ni jugak spesies tak boleh nampak mayonis and cheese . Sebab kalau aku nampak benda tu , mesti aku nak combine benda benda tu dengan makanan aku even tak bersesuaian dengan makanan tu . Okey , jadi pilihan aku untuk makan meatballs ni dengan mayonis macam dalam gambar ni .



Hahaha amacam ? Tergoda ke tak ? hihi okey , tu pilihan aku laa , sebab kita yang buat sendiri kan , jadi kita berhak nak pilih apa yang kita suka right ? Kalau dekat kedai tu susah nak dapat yang sama macam selera kita . So , aku lebih suka buat sendiri .

Okey , dekat sini aku nak share jugak laa . Aku lebih memilih kepada mayonis brand kewpie sebabnya ? sebab mayonis kewpie rendah karbohiydrat ! So sape yang diet tu , pilihlaa mayonis kewpie hehehe , dan mayonis yang warna kuning tu aku guna mayonis untuk salad iaitu thousand island , sebab ? sebab rasanya masam masam manis hahaha sebab sedap laaa . Aku percaya , kalau korang try buat benda ni , mesti korang akan addicted dengan meatballs dan spesies mayonis tu . Tak tipu k !

Okeylaa rasanya cukup laa sampai situ setakat ni , just aku nak pesan . Bila kita suka makan , better kita masak benda tu sendiri , at least kita tahu apa yang kita masukkan dalam makanan kita tu , right ? Dan rajin rajinkan laa diri tu untuk masak , untuk diri sendiri jugak . kan ? Terutamanya untuk wanita-wanita bujang tu . Sekurang kurangnya bolehlaa korang belajar masak untuk bakal suami korang tu . Tapi jangan laa setakat pandai goreng meatballs je hahaha .

Baiklah , sekian sahaja dari aku untuk malam ni mengenai "pop corn midnight"  . Perut dah kenyang, hati pun senang . Mari kita beradu kasih sambil layan lagu cinta terbaik hehehe Selamat mencuba guys *kalau nak cuba .

Selamat malam korang ;)

Sunday 1 February 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Assalamualaikum .

   Okey , sebelum nak share story aku yang kuat makan ni , aku nak cakap laa yang kalau pergi makan sorang sorang  ni tak feel sebenarnya haha sebab macam krik krik je . so pada aku laa , aku suka pergi makan dengan kawan kawan sebab baru datang aura hantu makanan nya tu . Ade geng , baru la nikmatkan . Nak nak lak kalau korang punya kawan pun spesies hantu makanan jugak hahaha lagi la syok kot . Tapi untuk yang nak privacy tu , lain cerita laa .
   Nak di jadikan , last week kawan aku ni ajak la aku pergi restoran bas alaa yang dekat klebang tu .Hajatnya mula-mula nak g teman dia untuk buat research pasal assignment dia je pun , tapi dah termenyimpang pulak haha , dari nak buat assignment terus kteorg decide untuk try test makanan dekat situ , sebab orang cakap makanan dekat restoran bas tu sedap sedap . Lagipun , aku yang orang Melaka ni pun baru nak try . 

   So jalan punya jalan dari hujung ke hujung , tetiba kaki kteorg terhenti dekat satu kedai ni . Tak tahu kenapa kteorg decide untuk stop dekat kedai tu , maybe sebab menu dia yang menarik tu kot ,. Actually kalau tengok menu dia biasa je , tapi sebab ada tambahan tu yang macam mengoda sikit tu haha menu yang menarik tu ialah char kueh teow ketam haha baru cakap pun dah terliur . Kedai dia pun santai-santai kan al maklum le tepi pantai , jadi nak makan pun macan syokkk je .



   Okey , ni la kedai yang aku maksudkan tu . Nak cari kedai dia tak susah kot just korang perati jela pekerja dia pakai baju merah hihi . Okey , sambung cerita pasal char kueh teow ketam dia tu , emm yang sebenarnya , aku ni memang allergic dengan ketam dan spesies seafood ni sebab kalau aku makan , comfirm lidah aku gatal . Tapi masalahnya , char kueh teow ketam tu seolah olah menggoda aku hahaha tapi nasib baik aku tak cair dengan dia so nak taknak aku tetap tak boleh pilih char kueh teow ketam tu . 
    
    Yang untungnya kawan-kawan aku la sebab dyorg dapat rasa yang dyorg ni pun memang spesies kuat makan jugak ni , tu yang bestnya keluar dengan dyorg . Tapi seriously , kalau korang tengok pun boleh leleh kottt sebab ketam dia besar ! Haa , jadi dengan sedihnya dan dengan pasrahnya aku terpaksa la makan makanan favourite aku yang dah semestinya aku selalu makan iaituuu kueh teow bakso . 


     Kueh teow bakso akak ni sama je macam tempat lain , tapi disebabkan benda tu makanan favourite aku kan , so memang aku sental habis laa . Actually , aku ni memang peminat tegar meatballs hahaha so kalau korg letak satu plastik meatballs depan mata aku pun , In shaa Allah boleh settle punya laa hihi . Nak nak lak bakso akak ni memang kena dengan tekak orang Melaka yang sukakan pedas , sebab akak ni punya kuah cili pergghhh pergghhh kemain menggigit bibir la sampai tahap telinga pun berdesing . Nikmat ! Meh aku share kan gambar . 




okey , amacam ? char kueh teow ketam tu tak berapa nak nampak sangat laa , jadi tak dapat la korang nak terliur hehehe .Ok btw , lupa nak cakap harga makanan dekat kedai akak ni pun not bad laa berkemampuan laa untuk kita yang bujang bujang ni kan hihi tapi dah kalau hari-hari makan situ boleh nipis gak wallet korang hahaha . Oklaa , next time kita jadi hantu makanan lagi k , sebab sekarang aku nak g penuhkan perut hihi . Tata titi tutu . Thanks you .