Sunday, 15 February 2015

SANTAI PETANG

Assalamualaikum , salam kepetangan kawan-kawan . 

        Rasa macam dah lama pulak tak update blog , al maklum la balik rumah baru line okey sikit . Lagipun , memang boleh updates seminggu sekali je hahaha . Okey , petang ni aku nak share sikit jela tak banyak . Hmm , okey la rasanya semua orang dekat Malaysia ni suka kan minum petang , nak nak orang Melayu , betul tak ? Sebab minum petang ni dah macam tradisi pulak untuk orang Melayu . Tak kisah laa setakat bancuh air je ke , dihidangkan dengan kuih muih ke , janji ada minum petang . Tambah pulak kalau dapat karipap panas pejabat pos bukit baru . Perghhhh , sedapnya . hahaha . 

       Okey okey taknak cerita panjang la kan , sebenarnya nak cerita time time macam ni pekena rojak kampung jawe pun sedap haha . Rasanya sape orang Melaka tu mestilah tahu kan rojak yang paling sedap kat Melaka ialah rojak dekat kampung jawe tu . Dan rasanya dah bertahun tahun dah orang tu meniaga dekat situ since aku sekolah rendah lagi dan time nenek aku boleh jalan lagi hahaha nampak tak betapa lamanya orang tu kekalkan warisan rojak dia tu . So semestinya dyorg dah ada pelanggan yang tetap kan dan tak mustahil la kedai dia selalu ramai je . 

      Disebabkan kedai dia selalu je ramai orang , so aku pun terpaksalah mengamalkan konsep drive thru je hahaha sebab kedai dia pun tepi jalan je so kalau korang atas motor ke dalam kereta ke korang boleh la order je terus tapi kalau naik kereta tu payah sikit la nak buat macam konsep aku tu hahaha tapi tu aku jela yang amalkan sebab malas nak turun dari motor hahaha , kalau orang lain tu aku tak tahu la pulak hihi ^^ Okey , ni la hasil dari konsep drive thru yang aku selalu amalkan kahkahkah 










Hasil dari konsep drive thru yang aku amalkan , aku terpaksalah nikmati rojak kampung jawe ni dekat rumah , tapi takpe sebab lepas makan boleh tersandar hahaha . Takde la , aku just nak cakap , banyak banyak rojak yang aku makan , aku rasa rojak ni paling paling win laa mungkin sebab dari aku kecik aku dah makan dia kan , so bila dah besar try dekat tempat lain , rasa macam tekak ni tak boleh nak terima . 

So , dekat sini , aku nak suggest kan jugak la dekat korang , ape kata korang pergi try sendiri rojak ni , comfirm tak nyesal . Kalau korang tak tahu kampung jawe ni dekat mana , korang bawak je aku lepas tu belanja aku sekali hahahaha . 

Okeylaa , rasanya tu jela yang aku nak share dengan korang untuk petang ni . Maklum le , petang petang ni idea tak banyak . Mata pun nak layu dah haa . HAHAHA . Ok laa . Salam undur diri . 


Assalamualaikum ^^


No comments:

Post a Comment